Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13 - Kerangka Konseptual dan Operational

Operational kajian

dalam operational kajian akan menerangkan tentang input dan output kajian. ianya juga menjelaskan tentang

Input
Demonstrasi - Minat dan kefahaman
Minda Perkasa - Ingatan

Proses
Guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yangg telah ditentukan dan hasilnya akan dilihat sama ada berkesan atau tidak

Output
Demonstrasi - Menambah minat, mudah faham
Minda Perkasa - Meningkatkan daya ingatan

Pada akhir kajian ini diharapkan pelajar menjadi minat untuk mempelajari topik yang diajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi serta dapat meningkatkan daya ingatan dengan menggunakan kaedahminda perkasa.

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 - TUGASAN 4 - Mini KT

Teori yang diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai semasa menjalankan kajian tindakan ialah:

  1. Teori tingkah laku Bandura
  2. Teori Neurosains
Teori tersebut aplikasikan dalam proses p&p sebagai panduan semasa pengkaji mejalankan kajian tindakan. pengkaji akan menggunakan beberapa strategi bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara strategi yang boleh dilakukan ialah:

  1. kaedah pengajaran berpusatkan guru.
- guru akan menerangkan topik yang diajar dan membuat demontrasi bagi membantu pelajar lebih memahami topik atau konsep yang diajar.
- Guru menjelaskan penerangan berbantukan peta minda agar pelajar dapat melihat isi-isi penting dengan lebih jelas.


2. Berpusatkan pelajar

- pelajar membuat peniruan berdasarkan demontrasi yang ditunjukkan oleh guru
- pelajar meningkatkan pemahaman dengan membuat peta minda bagi mengingati fakta-fakta penting.

_________________________________________

APA ITU PEMBELAJARAN?

• Definisi: perubahan yang disebabkan oleh pengalaman

• Jenis-jenis pembelajaran

− Disengajakan(Intentional)

− Tidak disengajakan (Unintentional)

PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF TINGKAH LAKU

• Menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan

• Pembelajaran dikatakan berlaku bila rangsangan daripada persekitaran menghasilkan perubahan yang agak tekal dan boleh diperhatikan

• Ahli-ahli tingkah laku melihat pembelajaran sebagai perkaitan antara ransangan (stimulus- sesuatu yang memberi kesan kepada deria) dan gerakbalas (response- reaksi kepada rangsangan)

Teori ini mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalamtingkahlaku sepertimana yang dilakukan oleh seseorang di dalam situasi tertentu. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab-akibat atau ransangangerakbalas atau gerakbalas-peneguhan (Amir 1986; Sahakian 1976; Harris 1979).


MODEL PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU

• Pembelajaran Kontiguiti berlaku bila suatu rangsangan dan gerakbalas dikaitkan kerana keduanya sering dipasangkan atau seringkali berlaku bersama-sama.

• Boleh berlaku melalui latih tubi

Teori Pembelajaran Sosial (teori permodelan Bandura)
Teori permodelan Bandura

- Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan
- Orang diperhatikan sebagai model
- Proses pembelajaran melaui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Modelling)
- 4 unsur utama di dalam teori Bandura:

a. Perhatian
b. Mengingat
c. Reproduksi
d. Peneguhan/ Motivasi

- jenis-jenis peniruan boleh berlaku secara :

a. langsung
b. tak langsung
c. Gabungan
d.Sekat laluan
e. tak sekat laluan

ciri-ciri teori pemodelan Bandura

i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh ke1mahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif


MODEL PEMBELAJARAN KOGNITIF

  • Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses output.
  • Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu.
  • Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkanya di dalam bahagian otak ingatan jangka pendek.
  • Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang.
  • Ingatan jangka panjang adalah bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran,
  • Jika kod adalah betul maka tindak balas adalah tepat dan begitu juga sebaliknya.

Teori Neurosains
  • Neurosains merupakan satu bidang kajian mengenai sistem saraf yang ada di dalam otak manusia. Ianya juga mengkaji mengenai kesedaran dan kepekaan otak dari segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya dalam pembelajaran.
  • Bagi teori Neurosains, sistem saraf dan otak merupakan asas fizikal bagi proses pembelajaran manusia.
  • Neurosains dapat membuat perkaitan di antara pemerhatian terhadap proses kognitif yang berlaku di dalam otak dengan tingkah laku fizikal yang terhasil. Dengan kata lain, setiap maklumat yang diproses oleh otak akan mengaktifkan kawasan-kawasan tertentu.
  • Salah satu contoh aplikasi neurosains dalam pembelajaran adalah pengaplikasian peta minda atau peta konsep di mana teori neurosains ini menggambarkan otak sebagai neuron-neuron yang menyerupai 'rhizome' yang bercabang.
  • Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain.
  • Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
- Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer.

- Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.

-Kajian juga mendapati bahawa proses pengajaran yang menggunakan peta minda atau peta konsep yang mempunyai imej- imej yang berkaitan adalah lebih berkesan dari penggunaan teks semata - mata.

- Ini dapat dibuktikan menerusi konsep yang dihuraikan di dlam "Dual-core theory" di mana otak akan mengekod imej dahulu dan kemudiannya teks. Pengekodan imej akan menyediakan satu ruangan yang khs untuk pengekodan teks di dalam otak. Apabila ini berlaku, maka proses pengekodan teks akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 12 : Pemurnian

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P


PERNYATAAN MASALAH

1. Pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami topik yang diajar dalam mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup
2. Pelajar kurang berminat terhadap topik yang diajar
3. Pelajar sukar mengingati fakta yang penting berkaitan topik yang diajar

OBJEKTIF KAJIAN

1. Pelajar dapat memahami topik yang diajar dalam matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup melalui kaedah Demonstrasi dan Minda Perkasa
2. Peningkatan minat pelajar terhadap topik yang diajar melalui kaedah Demonstrasi
3. Pelajar dapat mengingati fakta penting melalui kaedah Minda Perkasa

TUJUAN

Meningkatkan ingatan dan minat para pelajar dalam matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup melalui kaedah Demonstrasi dan Minda Perkasa

Aktiviti 10 : TUGASAN 2 - Buku

Buku 'Doing and Writing Action Research' menyatakan bagaimana penulis menyatakan pernyataan masalah apabila :
  1. Kita ingin melakukan satu perubahan yang baru di mana satu kemajuan dapat dicapai dan ianya lebih baik dari sebelumnya.
  2. Kita ingin membantu satu situasi sosial yang menghadapi masalah di mana kita boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya menjadi lebih baik.
  3. Apabila kita memperolehi satu pernyataan masalah ianya menandakan satu permulaan yang baru di mana jawapannya akan mengandungi satu permasalahan yang baru.


Aktiviti 11 :TUGASAN 2 - Jurnal

Berdasarkan 3 Jurnal yang dirujuk, pernyataan masalah dinyatakan seperti berikut :

Jurnal 1
Tajuk : Helping Student to Add Detail and Flair to Their Stories
By : Pooja Patel dan Leslie Laud

Pernyataan Masalah
  1. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran sering mendapat markah yang rendah dalam mengarang cerita.
  2. Pelajar bermasalah pembelajaran perlu bekerja lebih bekerja keras berbanding rakan - rakan sebaya mereka dalam mengarang sesuatu cerita.
  3. Menguji keberkesanan strategi penulisan yang dibentuk untuk meningkatkan gambaran dalam cerita.


Jurnal 2
Tajuk : The Effect of Teacher - Student Small Talk On Out of Seat Behaviour.
By : Steven T. Patterson dan Rowlett

Pernyataan Masalah :
  1. Tabiat suka meninggalkan tempat duduk di dalam kelas oleh seorang pelajar telah mengganggu rakan - rakan sekelas untuk belajar dan p&p yang dijalankan oleh guru.

Jurnal 3
Tajuk : An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grades Social Studies Classroom
By : Courtney Kosky dan Reagen Curtis, West Virginia University

Pernyataan Masalah :
  1. Guru kurang memberi perhatian terhadap kelas sosial untuk gred 6 kerana lebih memberi penekanan kepada subjek Sains dan Matematik.
  2. Pelajar kurang berminat terhadap kelas sosial dan penglibatan pelajar dalam p&p untuk subjek Sosial adalah sangat kurang.