Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 10 : TUGASAN 2 - Buku

Buku 'Doing and Writing Action Research' menyatakan bagaimana penulis menyatakan pernyataan masalah apabila :
  1. Kita ingin melakukan satu perubahan yang baru di mana satu kemajuan dapat dicapai dan ianya lebih baik dari sebelumnya.
  2. Kita ingin membantu satu situasi sosial yang menghadapi masalah di mana kita boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya menjadi lebih baik.
  3. Apabila kita memperolehi satu pernyataan masalah ianya menandakan satu permulaan yang baru di mana jawapannya akan mengandungi satu permasalahan yang baru.


Aktiviti 11 :TUGASAN 2 - Jurnal

Berdasarkan 3 Jurnal yang dirujuk, pernyataan masalah dinyatakan seperti berikut :

Jurnal 1
Tajuk : Helping Student to Add Detail and Flair to Their Stories
By : Pooja Patel dan Leslie Laud

Pernyataan Masalah
  1. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran sering mendapat markah yang rendah dalam mengarang cerita.
  2. Pelajar bermasalah pembelajaran perlu bekerja lebih bekerja keras berbanding rakan - rakan sebaya mereka dalam mengarang sesuatu cerita.
  3. Menguji keberkesanan strategi penulisan yang dibentuk untuk meningkatkan gambaran dalam cerita.


Jurnal 2
Tajuk : The Effect of Teacher - Student Small Talk On Out of Seat Behaviour.
By : Steven T. Patterson dan Rowlett

Pernyataan Masalah :
  1. Tabiat suka meninggalkan tempat duduk di dalam kelas oleh seorang pelajar telah mengganggu rakan - rakan sekelas untuk belajar dan p&p yang dijalankan oleh guru.

Jurnal 3
Tajuk : An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grades Social Studies Classroom
By : Courtney Kosky dan Reagen Curtis, West Virginia University

Pernyataan Masalah :
  1. Guru kurang memberi perhatian terhadap kelas sosial untuk gred 6 kerana lebih memberi penekanan kepada subjek Sains dan Matematik.
  2. Pelajar kurang berminat terhadap kelas sosial dan penglibatan pelajar dalam p&p untuk subjek Sosial adalah sangat kurang.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

MATLAMAT KAJIAN

  • daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan ditingkatkan melalui penggunaan kaedah Minda Perkasa.


OBJEKTIF KAJIAN

  • untuk mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran berbantukan Minda Perkasa apat meningkatkan daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaranSains dan Perdagangan.
  • bagi menentukan sama ada wujud hubungan dalam pencapaian pelajar dengan bantuan Minda Perkasa.

BENTUK SOALAN KAJIAN
  1. Adakah pelajar dapat meningkatkan minat dan daya ingatan mereka dengan kaedah 'Minda Perkasa'?
  2. Bagaimanakah 'Minda Perkasa' mampu membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian, minat dan juga daya ingatan?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

-Individu
  1. Guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar serta belajar menggunakan Minda Perkasa.
  2. Pelbagaikan bentuk Minda Perkasa
  3. Guru perlu mengajar topik-topik yang kecil supaya penggunaan kaedah ini dapat diaplikasi sepenuhnya walaupun topik yang diajar mempunyai banyak isi kandungan.

-Kumpulan
  1. Penggunaan warna dan gambar dalam kaedah Minda Perkasa
  2. Variasikan bentuk Minda Perkasa: antaranya adalah tambahkan huraian pada isi-isi penting dan juga tidak hanya menggunakan bentuk yang sama sahaja
  3. Pelajar akan membentangkan setiap aktiviti Minda Perkasa yang dibuat. Ini menguji kefahaman, fokus, igatan dan minat pelajar.

-Kumpulan lain

  1. Dalam setiap minda perkasa, kena ada huraian ringkas.
  2. Menyarankan pelajar untuk membentangkan "minda perkasa" yang telah dibuat untuk mengujinya.
  3. Variasikan bentuk kaedah ini agar lebih kreatif,

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P


KELEMAHAN:

Refleksi individu:
  1. Pelajar yang tidak fokus akan tahu isi penting sahaja- huraian daripada guru tidak diperolehi dengan lengkap
  2. Topik yang besar tidak dapat menggunakan kaedah ini kerana terlalu banyak fakta
  3. Bukan semua pelajar mahir dan minat

Refleksi Kumpulan:
  1. Kaedah ini tidak sesuai untuk topik pengajaran yang terlalu banyak isi kandungan dan fakta-fakta.
  2. Pelajar-pelajar hanya bergantung pada isi-isi penting yang terdapat dalam Minda Perkasa sahaja
  3. Pelajar tidak boleh menghurai isi-isi penting - idea terhad

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar tidak mampu menghuraikan fakta
2. kaedah ini tidak sesuai untuk semua tajuk
3. pelajar terlalu banyak bergantung pada isi penting

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN 'MINDA PERKASA' DALAM P&P

Kekuatan

Refleksi individu:
  1. Boleh meningkatkan daya ingatan pelajar
  2. Tidak hanya menghafal fakta, teknik pembelajaran kreatif
  3. Pelajar boleh mengaplikasikan di luar kelas- jadikan sebagai nota
  4. Kaedah yang menarik

Refleksi Kumpulan:
  1. Pelajar akan cepat mengingati isi-isi penting
  2. Pelajar juga akan cepat faham kerana pengajaran yang ringkas dan tidak terlau rumit kerana telah dipecahkan kepada bahagian kecil
  3. Pengajaran guru lebih berstruktur

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.
2. kaedah ini juga membantu para pelajar untuk menghafal dengan senang kerana pemahaman daripada pelajar.
3. pelajar tidak cepat bosan
4. dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar

Aktiviti 5 : Tujuan Memilih Tajuk Mini kajian Tindakan

1. Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.


2. Mengapa guru novis perlu buat kajian tindakan??

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.

Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:

i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.

ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.

iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.

iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.

v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.

vi) Meluaskan kajian yang dilakukan di dalam bilik darjah ke seluruh sekolah untuk peningkatan pelajar dan juga staf sekolah



sebab-sebab kami memilih tajuk ini:

  1. Menggalakkan fokus dan minat terhadap tajuk yang diajar oleh guru
  2. Pelajar-pelajar akan belajar dengan tujuan supaya mereka lebih minat dan juga untuk memahami dan mengingat
  3. Pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belaja
  4. Menyusun ingatan secara logik
  5. Menilai kembali apa yang dipelajari