Thursday, December 17, 2009
Aktiviti 13 - Kerangka Konseptual dan Operational
dalam operational kajian akan menerangkan tentang input dan output kajian. ianya juga menjelaskan tentang
Input
Demonstrasi - Minat dan kefahaman
Minda Perkasa - Ingatan
Proses
Guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yangg telah ditentukan dan hasilnya akan dilihat sama ada berkesan atau tidak
Output
Demonstrasi - Menambah minat, mudah faham
Minda Perkasa - Meningkatkan daya ingatan
Pada akhir kajian ini diharapkan pelajar menjadi minat untuk mempelajari topik yang diajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi serta dapat meningkatkan daya ingatan dengan menggunakan kaedahminda perkasa.
Friday, December 11, 2009
Aktiviti 13 - TUGASAN 4 - Mini KT
- Teori tingkah laku Bandura
- Teori Neurosains
- kaedah pengajaran berpusatkan guru.
- Guru menjelaskan penerangan berbantukan peta minda agar pelajar dapat melihat isi-isi penting dengan lebih jelas.
2. Berpusatkan pelajar
- pelajar membuat peniruan berdasarkan demontrasi yang ditunjukkan oleh guru
- pelajar meningkatkan pemahaman dengan membuat peta minda bagi mengingati fakta-fakta penting.
_________________________________________
APA ITU PEMBELAJARAN?
• Definisi: perubahan yang disebabkan oleh pengalaman
• Jenis-jenis pembelajaran
− Disengajakan(Intentional)
− Tidak disengajakan (Unintentional)
PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF TINGKAH LAKU
• Menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan
• Pembelajaran dikatakan berlaku bila rangsangan daripada persekitaran menghasilkan perubahan yang agak tekal dan boleh diperhatikan
• Ahli-ahli tingkah laku melihat pembelajaran sebagai perkaitan antara ransangan (stimulus- sesuatu yang memberi kesan kepada deria) dan gerakbalas (response- reaksi kepada rangsangan)
Teori ini mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalamtingkahlaku sepertimana yang dilakukan oleh seseorang di dalam situasi tertentu. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab-akibat atau ransangangerakbalas atau gerakbalas-peneguhan (Amir 1986; Sahakian 1976; Harris 1979).
MODEL PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU
• Pembelajaran Kontiguiti berlaku bila suatu rangsangan dan gerakbalas dikaitkan kerana keduanya sering dipasangkan atau seringkali berlaku bersama-sama.
• Boleh berlaku melalui latih tubi
Teori Pembelajaran Sosial (teori permodelan Bandura)
Teori permodelan Bandura
- Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan
- Orang diperhatikan sebagai model
- Proses pembelajaran melaui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Modelling)
- 4 unsur utama di dalam teori Bandura:
a. Perhatian
b. Mengingat
c. Reproduksi
d. Peneguhan/ Motivasi
- jenis-jenis peniruan boleh berlaku secara :
a. langsung
b. tak langsung
c. Gabungan
d.Sekat laluan
e. tak sekat laluan
ciri-ciri teori pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh ke1mahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif
MODEL PEMBELAJARAN KOGNITIF
- Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses output.
- Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu.
- Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkanya di dalam bahagian otak ingatan jangka pendek.
- Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang.
- Ingatan jangka panjang adalah bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran,
- Jika kod adalah betul maka tindak balas adalah tepat dan begitu juga sebaliknya.
Teori Neurosains
- Neurosains merupakan satu bidang kajian mengenai sistem saraf yang ada di dalam otak manusia. Ianya juga mengkaji mengenai kesedaran dan kepekaan otak dari segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya dalam pembelajaran.
- Bagi teori Neurosains, sistem saraf dan otak merupakan asas fizikal bagi proses pembelajaran manusia.
- Neurosains dapat membuat perkaitan di antara pemerhatian terhadap proses kognitif yang berlaku di dalam otak dengan tingkah laku fizikal yang terhasil. Dengan kata lain, setiap maklumat yang diproses oleh otak akan mengaktifkan kawasan-kawasan tertentu.
- Salah satu contoh aplikasi neurosains dalam pembelajaran adalah pengaplikasian peta minda atau peta konsep di mana teori neurosains ini menggambarkan otak sebagai neuron-neuron yang menyerupai 'rhizome' yang bercabang.
- Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain.
- Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
- Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.
-Kajian juga mendapati bahawa proses pengajaran yang menggunakan peta minda atau peta konsep yang mempunyai imej- imej yang berkaitan adalah lebih berkesan dari penggunaan teks semata - mata.
- Ini dapat dibuktikan menerusi konsep yang dihuraikan di dlam "Dual-core theory" di mana otak akan mengekod imej dahulu dan kemudiannya teks. Pengekodan imej akan menyediakan satu ruangan yang khs untuk pengekodan teks di dalam otak. Apabila ini berlaku, maka proses pengekodan teks akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.
Thursday, December 10, 2009
Aktiviti 12 : Pemurnian
PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P
1. Pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami topik yang diajar dalam mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup
2. Pelajar kurang berminat terhadap topik yang diajar
3. Pelajar sukar mengingati fakta yang penting berkaitan topik yang diajar
OBJEKTIF KAJIAN
1. Pelajar dapat memahami topik yang diajar dalam matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup melalui kaedah Demonstrasi dan Minda Perkasa
2. Peningkatan minat pelajar terhadap topik yang diajar melalui kaedah Demonstrasi
3. Pelajar dapat mengingati fakta penting melalui kaedah Minda Perkasa
TUJUAN
Meningkatkan ingatan dan minat para pelajar dalam matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup melalui kaedah Demonstrasi dan Minda Perkasa
Aktiviti 10 : TUGASAN 2 - Buku
- Kita ingin melakukan satu perubahan yang baru di mana satu kemajuan dapat dicapai dan ianya lebih baik dari sebelumnya.
- Kita ingin membantu satu situasi sosial yang menghadapi masalah di mana kita boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya menjadi lebih baik.
- Apabila kita memperolehi satu pernyataan masalah ianya menandakan satu permulaan yang baru di mana jawapannya akan mengandungi satu permasalahan yang baru.
Aktiviti 11 :TUGASAN 2 - Jurnal
Jurnal 1
Tajuk : Helping Student to Add Detail and Flair to Their Stories
By : Pooja Patel dan Leslie Laud
Pernyataan Masalah
- Apabila pelajar bermasalah pembelajaran sering mendapat markah yang rendah dalam mengarang cerita.
- Pelajar bermasalah pembelajaran perlu bekerja lebih bekerja keras berbanding rakan - rakan sebaya mereka dalam mengarang sesuatu cerita.
- Menguji keberkesanan strategi penulisan yang dibentuk untuk meningkatkan gambaran dalam cerita.
Jurnal 2
Tajuk : The Effect of Teacher - Student Small Talk On Out of Seat Behaviour.
By : Steven T. Patterson dan Rowlett
Pernyataan Masalah :
- Tabiat suka meninggalkan tempat duduk di dalam kelas oleh seorang pelajar telah mengganggu rakan - rakan sekelas untuk belajar dan p&p yang dijalankan oleh guru.
Jurnal 3
Tajuk : An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grades Social Studies Classroom
By : Courtney Kosky dan Reagen Curtis, West Virginia University
Pernyataan Masalah :
- Guru kurang memberi perhatian terhadap kelas sosial untuk gred 6 kerana lebih memberi penekanan kepada subjek Sains dan Matematik.
- Pelajar kurang berminat terhadap kelas sosial dan penglibatan pelajar dalam p&p untuk subjek Sosial adalah sangat kurang.
Saturday, November 21, 2009
Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
MATLAMAT KAJIAN
- daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan ditingkatkan melalui penggunaan kaedah Minda Perkasa.
OBJEKTIF KAJIAN
- untuk mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran berbantukan Minda Perkasa apat meningkatkan daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaranSains dan Perdagangan.
- bagi menentukan sama ada wujud hubungan dalam pencapaian pelajar dengan bantuan Minda Perkasa.
- Adakah pelajar dapat meningkatkan minat dan daya ingatan mereka dengan kaedah 'Minda Perkasa'?
- Bagaimanakah 'Minda Perkasa' mampu membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian, minat dan juga daya ingatan?
Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
- Guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar serta belajar menggunakan Minda Perkasa.
- Pelbagaikan bentuk Minda Perkasa
- Guru perlu mengajar topik-topik yang kecil supaya penggunaan kaedah ini dapat diaplikasi sepenuhnya walaupun topik yang diajar mempunyai banyak isi kandungan.
-Kumpulan
- Penggunaan warna dan gambar dalam kaedah Minda Perkasa
- Variasikan bentuk Minda Perkasa: antaranya adalah tambahkan huraian pada isi-isi penting dan juga tidak hanya menggunakan bentuk yang sama sahaja
- Pelajar akan membentangkan setiap aktiviti Minda Perkasa yang dibuat. Ini menguji kefahaman, fokus, igatan dan minat pelajar.
-Kumpulan lain
- Dalam setiap minda perkasa, kena ada huraian ringkas.
- Menyarankan pelajar untuk membentangkan "minda perkasa" yang telah dibuat untuk mengujinya.
- Variasikan bentuk kaedah ini agar lebih kreatif,
Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
KELEMAHAN:
Refleksi individu:
- Pelajar yang tidak fokus akan tahu isi penting sahaja- huraian daripada guru tidak diperolehi dengan lengkap
- Topik yang besar tidak dapat menggunakan kaedah ini kerana terlalu banyak fakta
- Bukan semua pelajar mahir dan minat
Refleksi Kumpulan:
- Kaedah ini tidak sesuai untuk topik pengajaran yang terlalu banyak isi kandungan dan fakta-fakta.
- Pelajar-pelajar hanya bergantung pada isi-isi penting yang terdapat dalam Minda Perkasa sahaja
- Pelajar tidak boleh menghurai isi-isi penting - idea terhad
Refleksi kumpulan lain:
1. pelajar tidak mampu menghuraikan fakta
2. kaedah ini tidak sesuai untuk semua tajuk
3. pelajar terlalu banyak bergantung pada isi penting
Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN 'MINDA PERKASA' DALAM P&P
Kekuatan
Refleksi individu:
- Boleh meningkatkan daya ingatan pelajar
- Tidak hanya menghafal fakta, teknik pembelajaran kreatif
- Pelajar boleh mengaplikasikan di luar kelas- jadikan sebagai nota
- Kaedah yang menarik
Refleksi Kumpulan:
- Pelajar akan cepat mengingati isi-isi penting
- Pelajar juga akan cepat faham kerana pengajaran yang ringkas dan tidak terlau rumit kerana telah dipecahkan kepada bahagian kecil
- Pengajaran guru lebih berstruktur
Refleksi kumpulan lain:
1. pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.
2. kaedah ini juga membantu para pelajar untuk menghafal dengan senang kerana pemahaman daripada pelajar.
3. pelajar tidak cepat bosan
4. dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar
Aktiviti 5 : Tujuan Memilih Tajuk Mini kajian Tindakan
1. Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.
2. Mengapa guru novis perlu buat kajian tindakan??
Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.
Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:
i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.
ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.
iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.
iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.
v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.
sebab-sebab kami memilih tajuk ini:
- Menggalakkan fokus dan minat terhadap tajuk yang diajar oleh guru
- Pelajar-pelajar akan belajar dengan tujuan supaya mereka lebih minat dan juga untuk memahami dan mengingat
- Pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belaja
- Menyusun ingatan secara logik
- Menilai kembali apa yang dipelajari
Saturday, November 14, 2009
Aktiviti 1-Apa maksud Kajian Tindakan
- The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: Learning to teach and teaching to learn through practioner inquiry 2nd Edition by Nancy Fichtman Dana, Diane Yendol-Hoppey
- Doing and Writing Action Research by Jean McNiff and Jack Whitehead
- The Action Research Guidebook: A four Step Process For Educators And School Teams by Richard Sagor
MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
Merupakan satu kajian yang dijalankan di sesuatu situasi sosial contohnya di sekolah yang melibatkan 4 proses iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dan dilakukan secara berterusan dengan tujuan sebagai penambahbaikan isu yang dikaji.
Contoh:
Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diiajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.
Apabila seseorang guru mengamalkan kajian tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelum kajian dijalankan.
Pembentangan Kolokium (kumpulan)
Meningkatkan Memori Pelajar dalam Subjek Pendidikan Islam dengan Menggunakan Kaedah Kata Kunci (Akronim)
kajian tindakan di atas diterima sebagai kajian tindakan kerana :
1. guru menghadapi masalah ketika proses p-p berjalan. melalui pemerhatian, majoriti pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan sukar untuk mengingati isi pengajaran yang di ajar. Pelajar menganggap matapelajaran Pendidikan Islam adalah mudah namun pencapaian ketika peperiksaan tidak memberangsangkan.
2. oleh itu, guru mencari kaedah dan pendekatan yang boleh membantu meningkatkan prestasi dan daya ingatan pelajar.
3. semasa proses p-p, guru mengaplikasikan kaedah kata kunci (akronim)
4. hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan dalam prestasi dan minat pelajar terhadap matapelajaran PI.
tajuk 2.
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (token) di kalangan Murid Pendidikan Khas SMK Bangsar.
kajian ini diterima sebagai kajian tindakan.
1. bermula apabila guru menghadapi masalah tingkah laku pelajar non-tipikal yang menunjukkan pelakuan agresif, pasif dan masalah emosi semasa proses p-p
2. guru mengaplikasikan alternatif baru bagi memperbaiki tingkah laku tersebut dengan mengaplikasikan teknik ganjaran berbentuk token untuk meningkatkan lagi kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.
3. hasil daripada kajian menunjukkan pelajar lebih bersemangat dan ingin barsaing antara satu sama lain. tingkah laku negatif juga dapat dikurangkan semasa proses p&p.
Ulasan Jurnal (berkumpulan)
BY: D.SWINGLEHURST, J. RUSSELL & T.GREENHALGH
2. THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE
BY: MARILYN JOSHUA
Kajian tindakan ini mengkaji tentang keberkesanan penggunaan gambar dan prompts ke atas pelajar daripada kelas Tadika hingga darjah 2. Kajian ini ingin melihat kualiti penulisan pelajar dan jumlah perkataan yang dapat dibina oleh pelajar berdasarkan kaedah yang diberikan.
3. THE EFFECTS OF CCOPERATIVES LEARNING ON JUNIOR HIGH SCHOOL STUDENTS DURING SMALL GROUP LEARNING
BY: ROBYN M. GILLIES
Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran koperative pada junior sekolah tinggi yang mana pembahagian kumpulan yang distruktur dan tidak distruktur. kumpulan adalah melibatkan 3-4 orang pelajar, lain jantina dan pencapaian manakala kumpulan sebaliknya adalah ahli kumpulan tidak ditetapkan. Keputusan menunjukkan kumpulan yang distruktur adalah lebih bekerjasama berbanding kumpulan satu lagi. persembahan mereka lebih mantap, manakala sikap tolong menolong dan bantu membantu antara ahli.
4. HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES
BY : POOJA PATEL AND LESLIE LOUD
Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengukur keberkesanan bentuk strategi penulisan untuk meningkatkan gambaran di dalam cerita yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar yang mempunyai masalah penulisan yang teruk (2 dikenalpasti sebagai masalah pembelajaran dan 1 masih menjalani penyaringan) di dalam kelas pemulihan. Strategi penulisan yang digunakan adalah dengan gabungan antara kaedah Self Regulated Strategy Development (SRSD) dengan kaedan Visualizing dan Verbalizing (V&V). Keputusan menunjukkan 2 daripada 3 pelajar mengalami peningkatan berdasarkan kepada pengukuran yang dilakukan seperti panjag, jumlah perkataan, jumlah gambar dan kualiti keseluruhan penulisan.
Sunday, November 8, 2009
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN
PESERTA KAJIAN;
18 ORANG PELAJAR DPLI MINOR SAINS
22 ORANG PELAJAR DPLI MAJOR PERDAGANGAN
SETTING KAJIAN:
KELAS MACROTEACHING
Friday, November 6, 2009
PEMBENTANGAN KOLOKIUM DPLI JANUARI O9
Pembentang :
- Intan Nadiah binti Ahmad Mustapa
- Noor Azima binti Zohari
- Didapati pelajar kurang berminat dengan subjek Sains. Mereka berpendapat subjek Sains agak membosankan dan menyebabkan tiada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.
- Untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan pelajar di dalam subjek Sains bagi kelas 1 Siddiq dan 2 Tabliqh melalui gerak kerja dan perbincangan kumpulan.
- Untuk memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Sains.
- Untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas.
mereka telah mengguna model dari Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu
- Mengenal pasti masalah
- Merancang
- Bertindak
- Memerhati dan menganalisis
- Mereflek dan menilai
Dapatan kajian
Pemerhatian (guru dan guru pembimbing)
Kitaran Pertama (kerja kumpulan)
- Didapati minat dan penglibatan pelajar tidak begitu memberangsangkan dimana pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap proses P&P yang berlangsung.
- Pelajar juga tidak memberi tinadak balas positif kepada guru dan segelintir pelajar mengantuk, mengganggu rakan dan hanya melihat ahli kumpulan lain melakukan kerja tetapi ada sebahagian pelajar menunjukkan tindak balas positif apabila guru bertanyakan soalan.
- Memberi hasil yang memberangsangkan di mana pelajar lebih menunjukkan minat terhadap subjek Sains dan juga pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang disediakan.
- Didapati juga pelajar lebih gembira dan memberikan maklum balas yang positif terhadap aktiviti yang dijalankan dimana mereka sering bertanya dan meminta panduan guru.
- Pelajar semakin berminat dengan subjek Sains setelah melalui 2 kitaran aktiviti kumpulan dan kedua - duanya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar melalui aktiviti berkumpulan.
- Pelajar juga lebih berminat terhadap aktiviti yang menyerupai permainan dan pertandingan kerana bagi mereka cara ini dapat mengelakkan rasa bosan dan mengantuk dan berharap teknik ini dapat terus diaplikasikan dalam P&P.
- Peningkatan dalam minat dan penglibatan pelajar dapat dilihat selepas kitaran kedua.
- Pelajar lebih meminati aktiviti berkumpulan yang lebih praktikal dan menyeronokkan
- Pelajar lebih menumpukan perhatian dan bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru dan seterusnya dapat lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan dapat membina keyakinan diri.
Kajian ini telah berjaya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif di kalangan pelajar sekolah melalui teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan.
Cadangan penambahbaikan
- Menggunakan instrumen tambahan berbentuk alat elektronik sperti kamera video dan pemain mp3.
- penggunaan borang kaji selidik perlu dipantau.
- Perancangan yang lebih rapi perlu dilakukan dalam pelbagai sudut atau aspek.
- Saiz dam perlu diperbesarkan dan bentuk atau set soalan harus divariasikan seperti soalan berbentuk objektif, subjektif, silang kata dan sebagainya.
Pembentangan :
Pembentang :
- Nor Sakinah binti W. Ishak
- Nurul Huda binti Mohd Rejab
- Azwani binti Mohamed Ariff
Tujuan Kajian
- Kajian dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
- Ianya juga bertujuan untuk mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang sebelum ini hanya tertumpu kepada teknik kuliah kepada teknik permainan.
- Ianya adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar ketika proses P&P berlangsung.
- Ianya juga untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak - ansur di kalangan ahli kumpulan.
- Adakah kaedah permainan Dart dapat menarik minat pelajar melibatkan diri pelajar ketika proses P&P berlangsung?
- Adakah kaedah permainan Dary dapat menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak ansur dikalangan ahli kumpulan?
Telah dilakukan dengan 3 kaedah iaitu :
- Pemerhatian melalui video dan gambar di mana video telah digunakan untuk merakam data - data yang gagal dikesan oleh pengkaji sepanjang proses P&P manakala gambar digunakan untuk melihat reaksi pelajar secara langsung.
- Catatan pengkaji digunakan untuk mencatat penglibatan pelajar.
- Temubual pelajar iaitu temu bual tidak berstruktur dimana soalan tidak dilakar terlebih dahulu untuk menerokai maklumat secara mendalam.
Melibatkan 2 kitaran yang telah ditetapkan langkah - langkah di dalam kitarannya di mana kitaran 1 melibatkan 5 langkah iaitu :
- Mengenal pasti masalah
- Merancang
- Bertindak
- Memerhati
- Merefleksi
- Merancang
- Bertindak
- Memerhati
- Merefleksi
Video dan gambar
- Pada kitaran pertama, didapati pelajar melibatkan diri dalam P&P dan memberi tindak balas tetapi pelajar kurang menunjukkan kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara satu sama lain.
- Dalam kitaran 2 pula, peningkatan dapat dilihat dari segi kerjasama dan penglibatan pelajar di mana ahli kumpulan yang lain menjawab soalan yang diajukan oleh guru sekiranya wakil kumpulan tersebut tidak memberikan jawapan.
- Ahli kumpulan yang lain membantu dan berbincang untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.
- Dalam kitaran pertama, pelajar berpendapat teknik yang telah digunakan amat menarik tetapi masalah timbul apabila pengkaji tidak menetapkan giliran menjawab bagi setiap kumpulan menyebabkan para pelajar berebut - rebut untuk membaling dart untuk menjawab soalan.
- Pada kitaran 2 pula, aktiviti berkumpulan telah menarik minat pelajar untuk menyertai permainan dart.
- Pelajar juga berasa tidak bosan dan mengantuk sewaktu guru mengajar malah dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan juga dapat mengingat kembali pengajaran guru melalui soalan yang telah diajukan.
- Dalam kitaran pertama, majoriti pelajar telaha memberikan tumpuan yang baik ketika proses P&P berlangsung tetapi masiha segelintir pelajar yang tidak serius dan kurang memberikan tumpuan terhadap proses P&P yang dijalankan.
- Dalam kitaran kedua, ketika proses pengukuhan, didapati pelajar dapat menjawab dengan betul soalan yang diajukan oleh guru.
- Dari segi nilai murni pula, didapati pelajar sering bekerjasama di kalangan ahli kumpulan untuk menjawab soalan dan juga sering bertolak ansur dalam menjawab soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh guru.
- Pemainan berbentuk manipulatif sperti teka - teki, jadual bernombor, catur, kotak beracun, saidina, monopoli dan lain - lain.
- Permaian berbentuk fizikal seperti pergerakan, koordinasi, kemahiran fizikal, kecekapan dan lain - lain.
Thursday, November 5, 2009
ULASAN JURNAL
JOURNAL 1 | JOURNAL 2 | JOURNAL 3 |
1. Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik | ||
Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories | The Effect of Teacher-Student Small Talk on Out of Seat Behavior | An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grade Social Studies Classroom |
2. Apakah Masalah yang dijadikan kajian | ||
Pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah tentang merancang, menjana idea, semakan, pemantauan tentang apa yang mereka tulis, motivasi diri mereka dan mencatat ayat – ayat di atas kertas dalam melakukan cerita rekaan mereka. | Tabiat suka meninggalkan meja semasa p&p dijalankan di kalangan pelajar tertentu telah mengganggu tumpuan guru dan para pelajar di dalam kelas. | Kelas Sosial seringkali dipinggirkan pada Gred 6 kerana guru lebih fokus kepada subjek sains dan matematik sedangkan kelas ini adalah penting kerana ianya banyak hubungan dengan kehidupan seharian. Kurangnya penglibatan dan motivasi pelajar dalam kelas sosial. |
3. Sample dan Setting Kajian | ||
Sample Kajian - 3 orang pelajar bermasalah pembelajaran yang agak teruk dalam penulisan mereka. Setting Kajian - Dalam kelas pemulihan | Sample Kajian - Seorang pelajar lelaki gred 9 yang berumur 15 tahun dan berbangsa Afrika-Amerika. Mempunyai masalah suka meninggalkan meja semasa p&p yang tinggi di kalangan rakan sebaya. Setting Kajian - Dalam bilik darjah | Sample Kajian - Pelajar gred 6 - Dilakukan pada kelas sosial Setting Kajian - Dalam bilik darjah |
4. Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur) | ||
Kajian tindakan ini dilakukan dengan gabungan teknik Self-Regulated Strategy Development (SRSD) dengan teknik Visualizing and Verbalizing (V&V) untuk mencungkil perincian yang bagus dalam penulisan para pelajar tersebut. Prosedur yang dilakukan ialah : Langkah 1 – meningkatkan pengetahuan asas Langkah 2 – perbincangan Langkah3 – Modelkannya Langkah 4 – Mengingat Langkah 5 – Lakukan dengan sokongan Langkah 6 – Lakukan sendiri tanpa sokongan | Kajian dilakukan untuk mengurangkan tabiat ini dengan menggunakan kaedah intervention guru Dilakukan selama 5 period di mana setiap period 45 minit dengan merekodkan setiap kejadian yang terjadi. Pada 2 minggu pertama, hanya pemantauan dibuat. Pada 2 minggu terakhir, treatment dilakukan di mana guru bercakap sebentar dengan sample sebelum kelas dimulakan dan pemerhatian dibuat. | Melakukan teknik pengajaran ’student centered’ dimana pelajar diminta untuk berfikir sendiri , berani untuk bertanyakan soalan dan melibatkan diri sepenuhnya di dalam kelas. Di dalam kelas, pelajar juga diminta untuk menerangkan sesuatu topik dengan kepakaran atau kepandaian masing- masing seperti kepakaran visual, kepakaran kinestetik dan kepakaran logikal. Dengan ini bakat para pelajar dapat dicungkil. |
5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data | ||
1. Pemerhatian 2. Pretest dan Postest | 1. Pemerhatian 2. Perubahan tingkah laku sebelum treatment dan selepas treatment. | 1. Perbualan dengan pelajar 2. Pemerhatian 3. Penilaian Multiple Intelligence |
6. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian | ||
Dalam bentuk jadual | Dalam bentuk graf | Dalam bentuk graf |
7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal | ||
Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan tahap penulisan dalam membuat cerita pelajar masalah pembelajaran | Kajian ini dilakukan untuk melihat perubahan tingkah laku sampel. | Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar gred 6 dalam kelas sosial yang tidak dititikberatkan oleh guru mereka. |
8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian | ||
Mereka melakukan ujian melalui pemerhatian dan juga pretest dan postest. Jadi perubahan yang jelas dapat dilihat. | Mereka melakukan ujian melalui pemerhatian dan rekod yang dilakukan sebelum dan selepas treatment dilakukan. | |
9. Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal | ||
|
Tajuk : Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories
Pengkaji : Pooja Patel dan Leslie Laud
Pernyataan masalah
- Pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran sentiasa bekerja keras terhadap isu - isu tertentu apabila membuat sesuatu cerita seperti merancang, menjana idea, semakan, pemantauan terhadap mereka sendiri seperti menulis, memotivasikan diri mereka dan mencatat perkataan di atas kertas.
- Ramai pelajar dengan masalah pembelajaran kekurangan pengetahuan tentang perbezaan komponen di dalam cerita, menjadikan cerita mereka lebih menarik dan lebih sukar untuk memahaminya.
- Bagaimana akan terjadi jika menambah kedua - dua pemilihan perkataan dan perincian yang bagus semasa fasa W dalam POW digabungkan dengan teknik Visualizing aand Verbalizing dapat mempengaruhi penulisan cerita para pelajar?
- Adakah cerita mereka menjadi lebih panjang?
- Adakah gambar cerita menjadi lebih banyak?
- Adakah cerita mereka keseluruhan menggambarkan sifat seperti perkembangan yang baik?
Method
Penyertaan
- tiga orang pelajar dengan masalah pembelajaran (penulisan) terlibat dalam kajian ini iatu Mali, Kerry dan Sabra.
- 2 diperkenalkan dengan teknik V&V kerana sudah biasa dengan SRSD dan seoang diperkenalkan untuk kedua - dua teknik.
- Stage 1 : Develop background knowledge - sebelum memulakankan arahan strategi, pengakaji memperkenalkan cerita dongeng Arab kerana ini adalah salah satu topic di dalam kelas English mereka. Pelajar menulis dan berbincang tentang pemerhatian mereka.
- Stage 2 : Discuss it - sepanjang langkah ini, pengkaji menukar nmemonik "WWW, What=2. How=2" kepada "www.what2how2" kerana pelajar mendapati ianya hampir sama dengan alamat web dan lebih mudah untuk diingati. Kemudian pengkaji memperkenalkan perkataan struktur - 'what, size, color, number, shape, where, when, background, movement, mood and perspective'.
- Stage 3 : Model it - pelajar diberikan contoh daripada cerita dan diminta untuk highlight butir - butir perincian cerita dan mengkategorikan mereka berdasarkan perkataan struktur yang dipersembahkan.
- Stage 4 : Memorize it - Pelajar mengingati perbezaan langkah - langkah SRSD dan lima langkah strategi.
- Stage 5 : Support it - pelajar menulis cerita secara individu dengan sokongan.
- Stage 6 : Independent performance - pelajar menulis cerita tanpa sokongan
Melakukan pretest dan postest yang melibatkan kriteria berikut :
- Word count - mengira jumlah perkataan dalam setiap esei.
- Story grammar elements - elemen seperti main character, locale, time, starter event, goal action, ending and reaction.
- Number of images
- Holistic scores - 3 major kategori : idea cerita, penyusunan dan perhimpunan cerita
- Mali - jumlah perkataan meningkat daripada 192 kepada 478. Jumlah imej meningkat daripada 4 kepada 16, story grammar element meningkat daripada 9 kepada 17 dan skor holistik meningkat daripada 11 kepada 13.
- Kerry - jumlah perkataan meningkat daripada 256.5 kepada 550. jumlah imej meningkat daripada 10 kepada 18, story grammar element meningkat daripada 8 kepada 15 dan skor holistik meningkat daripada 11 kepada 13.5.
- Sabra - jumlah perkataan meningkat daripada 277.5 kepada 470.5. Jumlah imej meningkat daripada 1 kepada 13, story grammar element meningkat daripada 9 kepada 16 tetapi skor holistik kekal 9.5.
- Penambahan pemilihan perincian dan perkataan yang bagus semasa fasa W dalam POW digabungkan dengan teknik V&V mempengaruhi penulisan cerita para pelajar.
- Pelajar perlu sentiasa mempraktikkan sebanyak mungkin untuk lebih fokus pada isu mekanikal dan tidak perlu berhati - hati memikirkan strategi ini.
- Mengajar pelajar untuk lebih memberikan perhatian terhadap konvensyen ini selepas mempelajari stategi ini.
- Merancang meluangkan lebih masa pada penerangan gambar contoh dengan pemilihan perkataan yang bagus.
- Jangan mengharapkan pelajar - pelajar menggunakan setiap perkataan struktur untuk setiap gambar.
- Beberapa pelajar memerlukan sokongan tambahan seperti memberikan definisi sesuatu gambar.
TUGASAN 1 - ULASAN BUKU
Penulis : Jean McNiff dan Jack Whitehead
Apa itu Kajian Tindakan?
Melakukan Kajian tindakan melibatkan beberapa perkara iaitu :
- Mengambil tindakan : apa yang kamu lakukan dalam prosedur kamu untuk meningkatkan atau memajukan sesuatu.
- Melakukan kajian : bagaimana kamu menemui dan menganalisis berkenaan apa yang kamu lakukan dalam amalan kamu untuk melihat sama ada perkara tersebut sebenarnya telah meningkat.
- Memberitahu cerita tersebut dan berkongsi tentang penemuan tersebut : memaklumkan kepada yang lain apa yang kamu telah lakukan dan bagaimana kamu melakukannnya dan kenapa ianya penting.
Ini melibatkan aspek-aspek yang berikut :
- Pemerhatian yang sangat rapi - memerhati apa yang sedang berlaku
- Refleksi - memikirkan sama ada ianya baik/bagus dan kenapa dan bagaimana kita boleh tingkatkannya jika perlu
- Memantau dan pengumpulan data - memantau apa yang kita dan orang lain telah lakukan
Wednesday, October 28, 2009
MODEL - MODEL KAJIAN TINDAKAN
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Mc Niff (1988) pula menyatakan kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru - guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.
Proses - proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Keempat - empat proses ini akan bergerak dalam satu kitaran berterusan.
- mereflek : muhassabah/mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri
- merancang : merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi/difokus
- melaksana/bertindak : melaksana tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus
- memerhati : mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan
Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan
Kajian tindakan adalah untuk mengenalpasti atau mengesan punca - punca dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan kata lain, guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktik bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar - pelajarnya dengan berkesan.