Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

MATLAMAT KAJIAN

  • daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan ditingkatkan melalui penggunaan kaedah Minda Perkasa.


OBJEKTIF KAJIAN

  • untuk mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran berbantukan Minda Perkasa apat meningkatkan daya ingatan dan minat pelajar dalam matapelajaranSains dan Perdagangan.
  • bagi menentukan sama ada wujud hubungan dalam pencapaian pelajar dengan bantuan Minda Perkasa.

BENTUK SOALAN KAJIAN
  1. Adakah pelajar dapat meningkatkan minat dan daya ingatan mereka dengan kaedah 'Minda Perkasa'?
  2. Bagaimanakah 'Minda Perkasa' mampu membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian, minat dan juga daya ingatan?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

-Individu
  1. Guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar serta belajar menggunakan Minda Perkasa.
  2. Pelbagaikan bentuk Minda Perkasa
  3. Guru perlu mengajar topik-topik yang kecil supaya penggunaan kaedah ini dapat diaplikasi sepenuhnya walaupun topik yang diajar mempunyai banyak isi kandungan.

-Kumpulan
  1. Penggunaan warna dan gambar dalam kaedah Minda Perkasa
  2. Variasikan bentuk Minda Perkasa: antaranya adalah tambahkan huraian pada isi-isi penting dan juga tidak hanya menggunakan bentuk yang sama sahaja
  3. Pelajar akan membentangkan setiap aktiviti Minda Perkasa yang dibuat. Ini menguji kefahaman, fokus, igatan dan minat pelajar.

-Kumpulan lain

  1. Dalam setiap minda perkasa, kena ada huraian ringkas.
  2. Menyarankan pelajar untuk membentangkan "minda perkasa" yang telah dibuat untuk mengujinya.
  3. Variasikan bentuk kaedah ini agar lebih kreatif,

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN "MINDA PERKASA" DALAM P&P


KELEMAHAN:

Refleksi individu:
  1. Pelajar yang tidak fokus akan tahu isi penting sahaja- huraian daripada guru tidak diperolehi dengan lengkap
  2. Topik yang besar tidak dapat menggunakan kaedah ini kerana terlalu banyak fakta
  3. Bukan semua pelajar mahir dan minat

Refleksi Kumpulan:
  1. Kaedah ini tidak sesuai untuk topik pengajaran yang terlalu banyak isi kandungan dan fakta-fakta.
  2. Pelajar-pelajar hanya bergantung pada isi-isi penting yang terdapat dalam Minda Perkasa sahaja
  3. Pelajar tidak boleh menghurai isi-isi penting - idea terhad

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar tidak mampu menghuraikan fakta
2. kaedah ini tidak sesuai untuk semua tajuk
3. pelajar terlalu banyak bergantung pada isi penting

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK:

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN 'MINDA PERKASA' DALAM P&P

Kekuatan

Refleksi individu:
  1. Boleh meningkatkan daya ingatan pelajar
  2. Tidak hanya menghafal fakta, teknik pembelajaran kreatif
  3. Pelajar boleh mengaplikasikan di luar kelas- jadikan sebagai nota
  4. Kaedah yang menarik

Refleksi Kumpulan:
  1. Pelajar akan cepat mengingati isi-isi penting
  2. Pelajar juga akan cepat faham kerana pengajaran yang ringkas dan tidak terlau rumit kerana telah dipecahkan kepada bahagian kecil
  3. Pengajaran guru lebih berstruktur

Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.
2. kaedah ini juga membantu para pelajar untuk menghafal dengan senang kerana pemahaman daripada pelajar.
3. pelajar tidak cepat bosan
4. dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar

Aktiviti 5 : Tujuan Memilih Tajuk Mini kajian Tindakan

1. Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.


2. Mengapa guru novis perlu buat kajian tindakan??

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.

Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:

i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.

ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.

iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.

iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.

v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.

vi) Meluaskan kajian yang dilakukan di dalam bilik darjah ke seluruh sekolah untuk peningkatan pelajar dan juga staf sekolah



sebab-sebab kami memilih tajuk ini:

  1. Menggalakkan fokus dan minat terhadap tajuk yang diajar oleh guru
  2. Pelajar-pelajar akan belajar dengan tujuan supaya mereka lebih minat dan juga untuk memahami dan mengingat
  3. Pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belaja
  4. Menyusun ingatan secara logik
  5. Menilai kembali apa yang dipelajari

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti 1-Apa maksud Kajian Tindakan

tajuk buku:
  1. The Reflective Educator's Guide to Classroom Research: Learning to teach and teaching to learn through practioner inquiry 2nd Edition by Nancy Fichtman Dana, Diane Yendol-Hoppey
  2. Doing and Writing Action Research by Jean McNiff and Jack Whitehead
  3. The Action Research Guidebook: A four Step Process For Educators And School Teams by Richard Sagor

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN


Merupakan satu kajian yang dijalankan di sesuatu situasi sosial contohnya di sekolah yang melibatkan 4 proses iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dan dilakukan secara berterusan dengan tujuan sebagai penambahbaikan isu yang dikaji.


Contoh:
Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diiajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan kajian tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelum kajian dijalankan.

Pembentangan Kolokium (kumpulan)

tajuk 1.

Meningkatkan Memori Pelajar dalam Subjek Pendidikan Islam dengan Menggunakan Kaedah Kata Kunci (Akronim)

kajian tindakan di atas diterima sebagai kajian tindakan kerana :
1. guru menghadapi masalah ketika proses p-p berjalan. melalui pemerhatian, majoriti pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan sukar untuk mengingati isi pengajaran yang di ajar. Pelajar menganggap matapelajaran Pendidikan Islam adalah mudah namun pencapaian ketika peperiksaan tidak memberangsangkan.
2. oleh itu, guru mencari kaedah dan pendekatan yang boleh membantu meningkatkan prestasi dan daya ingatan pelajar.
3. semasa proses p-p, guru mengaplikasikan kaedah kata kunci (akronim)
4. hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan dalam prestasi dan minat pelajar terhadap matapelajaran PI.

tajuk 2.

Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (token) di kalangan Murid Pendidikan Khas SMK Bangsar.

kajian ini diterima sebagai kajian tindakan.
1. bermula apabila guru menghadapi masalah tingkah laku pelajar non-tipikal yang menunjukkan pelakuan agresif, pasif dan masalah emosi semasa proses p-p
2. guru mengaplikasikan alternatif baru bagi memperbaiki tingkah laku tersebut dengan mengaplikasikan teknik ganjaran berbentuk token untuk meningkatkan lagi kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.
3. hasil daripada kajian menunjukkan pelajar lebih bersemangat dan ingin barsaing antara satu sama lain. tingkah laku negatif juga dapat dikurangkan semasa proses p&p.

Ulasan Jurnal (berkumpulan)

1. PEER OBSERVATION OF TEACHING IN THE ONLINE ENVIRONMENT: AN ACTION RESEARCH APPROACH

BY: D.SWINGLEHURST, J. RUSSELL & T.GREENHALGH

Kajian ini menerangkan tentang kajian tindakan secara kolaboratif untuk membuat pemantauan pengajaran guru (peer observation of teaching) secara atas talian (online). kajian ini dijalankan bagi memantau pengajaran guru yang lain dengan tujuan memberi maklum balas yang membina di dalam proses pengajaran. Selain itu kajian ini dapat memberi kesan atau faedah kepada kedua-dua pihak kerana masing-masing boleh memperbaiki amalan pengajaran mereka.


2. THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

BY: MARILYN JOSHUA

Kajian tindakan ini mengkaji tentang keberkesanan penggunaan gambar dan prompts ke atas pelajar daripada kelas Tadika hingga darjah 2. Kajian ini ingin melihat kualiti penulisan pelajar dan jumlah perkataan yang dapat dibina oleh pelajar berdasarkan kaedah yang diberikan.


3. THE EFFECTS OF CCOPERATIVES LEARNING ON JUNIOR HIGH SCHOOL STUDENTS DURING SMALL GROUP LEARNING

BY: ROBYN M. GILLIES

Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran koperative pada junior sekolah tinggi yang mana pembahagian kumpulan yang distruktur dan tidak distruktur. kumpulan adalah melibatkan 3-4 orang pelajar, lain jantina dan pencapaian manakala kumpulan sebaliknya adalah ahli kumpulan tidak ditetapkan. Keputusan menunjukkan kumpulan yang distruktur adalah lebih bekerjasama berbanding kumpulan satu lagi. persembahan mereka lebih mantap, manakala sikap tolong menolong dan bantu membantu antara ahli.


4. HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES

BY : POOJA PATEL AND LESLIE LOUD

Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengukur keberkesanan bentuk strategi penulisan untuk meningkatkan gambaran di dalam cerita yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar yang mempunyai masalah penulisan yang teruk (2 dikenalpasti sebagai masalah pembelajaran dan 1 masih menjalani penyaringan) di dalam kelas pemulihan. Strategi penulisan yang digunakan adalah dengan gabungan antara kaedah Self Regulated Strategy Development (SRSD) dengan kaedan Visualizing dan Verbalizing (V&V). Keputusan menunjukkan 2 daripada 3 pelajar mengalami peningkatan berdasarkan kepada pengukuran yang dilakukan seperti panjag, jumlah perkataan, jumlah gambar dan kualiti keseluruhan penulisan.

Sunday, November 8, 2009

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

Penggunaan Demonstrasi dan "Minda Perkasa" dalam P&P


PESERTA KAJIAN;
18 ORANG PELAJAR DPLI MINOR SAINS
22 ORANG PELAJAR DPLI MAJOR PERDAGANGAN

SETTING KAJIAN:
KELAS MACROTEACHING

Friday, November 6, 2009

PEMBENTANGAN KOLOKIUM DPLI JANUARI O9

Pembentangan :

Meningkatkan Minat dan Penglibatan Pelajar di dalam Kelas Sains Melalui Gerak Kerja dan Perbincangan Kumpulan (Group Work and Group Discussion)

Pembentang :

  1. Intan Nadiah binti Ahmad Mustapa
  2. Noor Azima binti Zohari
Tujuan kajian
  • Didapati pelajar kurang berminat dengan subjek Sains. Mereka berpendapat subjek Sains agak membosankan dan menyebabkan tiada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.
  • Untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan pelajar di dalam subjek Sains bagi kelas 1 Siddiq dan 2 Tabliqh melalui gerak kerja dan perbincangan kumpulan.
Objektif kajian
  • Untuk memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Sains.
  • Untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas.
Metodologi kajian
mereka telah mengguna model dari Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu
  1. Mengenal pasti masalah
  2. Merancang
  3. Bertindak
  4. Memerhati dan menganalisis
  5. Mereflek dan menilai

Dapatan kajian

Pemerhatian (guru dan guru pembimbing)
Kitaran Pertama (kerja kumpulan)
  • Didapati minat dan penglibatan pelajar tidak begitu memberangsangkan dimana pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap proses P&P yang berlangsung.
  • Pelajar juga tidak memberi tinadak balas positif kepada guru dan segelintir pelajar mengantuk, mengganggu rakan dan hanya melihat ahli kumpulan lain melakukan kerja tetapi ada sebahagian pelajar menunjukkan tindak balas positif apabila guru bertanyakan soalan.
Kitaran Kedua (permainan dam ular/bina model)
  • Memberi hasil yang memberangsangkan di mana pelajar lebih menunjukkan minat terhadap subjek Sains dan juga pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang disediakan.
  • Didapati juga pelajar lebih gembira dan memberikan maklum balas yang positif terhadap aktiviti yang dijalankan dimana mereka sering bertanya dan meminta panduan guru.
Temu bual
  • Pelajar semakin berminat dengan subjek Sains setelah melalui 2 kitaran aktiviti kumpulan dan kedua - duanya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar melalui aktiviti berkumpulan.
  • Pelajar juga lebih berminat terhadap aktiviti yang menyerupai permainan dan pertandingan kerana bagi mereka cara ini dapat mengelakkan rasa bosan dan mengantuk dan berharap teknik ini dapat terus diaplikasikan dalam P&P.
Borang Soal Selidik
  • Peningkatan dalam minat dan penglibatan pelajar dapat dilihat selepas kitaran kedua.
  • Pelajar lebih meminati aktiviti berkumpulan yang lebih praktikal dan menyeronokkan
  • Pelajar lebih menumpukan perhatian dan bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru dan seterusnya dapat lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan dapat membina keyakinan diri.
Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif di kalangan pelajar sekolah melalui teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan.

Cadangan penambahbaikan
  • Menggunakan instrumen tambahan berbentuk alat elektronik sperti kamera video dan pemain mp3.
  • penggunaan borang kaji selidik perlu dipantau.
  • Perancangan yang lebih rapi perlu dilakukan dalam pelbagai sudut atau aspek.
  • Saiz dam perlu diperbesarkan dan bentuk atau set soalan harus divariasikan seperti soalan berbentuk objektif, subjektif, silang kata dan sebagainya.
Apa yang saya telah dapat dari pembentangan ini ialah pelbagai teknik boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam P&P lebih - lebih lagi subjek yang memang dikenali subjek yang agak susah untuk difahami. Jadi dengan adanya kaedah dan kaedah - kaedah yang lain, para pelajar akan lebih mudah memahami subjek sains dan menjadikan proses P&P sesuatu yang menyeronokkan dan bermanfaat. Saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak proses yang dilakukan dalam kajian tindakan dan akan menjadi panduan kepada saya untuk melakukan kajian tindakan kelak.


Pembentangan :

Meningkatkan Penglibatan Pelajar Masalah Pendengaran Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tema Pencapaian Kendiri dan Menggunakan Kaedah Permainan Dart

Pembentang :
  1. Nor Sakinah binti W. Ishak
  2. Nurul Huda binti Mohd Rejab
  3. Azwani binti Mohamed Ariff

Tujuan Kajian
  • Kajian dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
  • Ianya juga bertujuan untuk mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang sebelum ini hanya tertumpu kepada teknik kuliah kepada teknik permainan.
Objektif kajian
  • Ianya adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar ketika proses P&P berlangsung.
  • Ianya juga untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak - ansur di kalangan ahli kumpulan.
Persoalan kajian
  • Adakah kaedah permainan Dart dapat menarik minat pelajar melibatkan diri pelajar ketika proses P&P berlangsung?
  • Adakah kaedah permainan Dary dapat menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak ansur dikalangan ahli kumpulan?
Metodologi kajian
Telah dilakukan dengan 3 kaedah iaitu :
  1. Pemerhatian melalui video dan gambar di mana video telah digunakan untuk merakam data - data yang gagal dikesan oleh pengkaji sepanjang proses P&P manakala gambar digunakan untuk melihat reaksi pelajar secara langsung.
  2. Catatan pengkaji digunakan untuk mencatat penglibatan pelajar.
  3. Temubual pelajar iaitu temu bual tidak berstruktur dimana soalan tidak dilakar terlebih dahulu untuk menerokai maklumat secara mendalam.
Strategi kajian
Melibatkan 2 kitaran yang telah ditetapkan langkah - langkah di dalam kitarannya di mana kitaran 1 melibatkan 5 langkah iaitu :
  1. Mengenal pasti masalah
  2. Merancang
  3. Bertindak
  4. Memerhati
  5. Merefleksi
Manakala dalam kitaran 2, ia melibatkan 4 langkah iaitu :
  1. Merancang
  2. Bertindak
  3. Memerhati
  4. Merefleksi

Dapatan kajian

Video dan gambar
  • Pada kitaran pertama, didapati pelajar melibatkan diri dalam P&P dan memberi tindak balas tetapi pelajar kurang menunjukkan kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara satu sama lain.
  • Dalam kitaran 2 pula, peningkatan dapat dilihat dari segi kerjasama dan penglibatan pelajar di mana ahli kumpulan yang lain menjawab soalan yang diajukan oleh guru sekiranya wakil kumpulan tersebut tidak memberikan jawapan.
  • Ahli kumpulan yang lain membantu dan berbincang untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.
Temu bual dengan pelajar
  • Dalam kitaran pertama, pelajar berpendapat teknik yang telah digunakan amat menarik tetapi masalah timbul apabila pengkaji tidak menetapkan giliran menjawab bagi setiap kumpulan menyebabkan para pelajar berebut - rebut untuk membaling dart untuk menjawab soalan.
  • Pada kitaran 2 pula, aktiviti berkumpulan telah menarik minat pelajar untuk menyertai permainan dart.
  • Pelajar juga berasa tidak bosan dan mengantuk sewaktu guru mengajar malah dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan juga dapat mengingat kembali pengajaran guru melalui soalan yang telah diajukan.
Catatan pengkaji
  • Dalam kitaran pertama, majoriti pelajar telaha memberikan tumpuan yang baik ketika proses P&P berlangsung tetapi masiha segelintir pelajar yang tidak serius dan kurang memberikan tumpuan terhadap proses P&P yang dijalankan.
  • Dalam kitaran kedua, ketika proses pengukuhan, didapati pelajar dapat menjawab dengan betul soalan yang diajukan oleh guru.
  • Dari segi nilai murni pula, didapati pelajar sering bekerjasama di kalangan ahli kumpulan untuk menjawab soalan dan juga sering bertolak ansur dalam menjawab soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh guru.
Cadangan penambahbaikan
  • Pemainan berbentuk manipulatif sperti teka - teki, jadual bernombor, catur, kotak beracun, saidina, monopoli dan lain - lain.
  • Permaian berbentuk fizikal seperti pergerakan, koordinasi, kemahiran fizikal, kecekapan dan lain - lain.
Apa yang telah saya perolehi dari pembentangan ini ialah saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tujuan kajian tindakan dilakukan dan mengetahui pelbagai teknik yang menarik yang boleh membantu proses P&P bagi membantu pelajar memahami isi pengajaran dan mengurangkan kebosanan para pelajardan menjadikan proses P&P lebih menarik.




Thursday, November 5, 2009

ULASAN JURNAL

JOURNAL 1

JOURNAL 2

JOURNAL 3

1. Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories

The Effect of Teacher-Student Small Talk on Out of Seat Behavior

An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grade Social Studies Classroom

2. Apakah Masalah yang dijadikan kajian

Pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah tentang merancang, menjana idea, semakan, pemantauan tentang apa yang mereka tulis, motivasi diri mereka dan mencatat ayat – ayat di atas kertas dalam melakukan cerita rekaan mereka.

Tabiat suka meninggalkan meja semasa p&p dijalankan di kalangan pelajar tertentu telah mengganggu tumpuan guru dan para pelajar di dalam kelas.

Kelas Sosial seringkali dipinggirkan pada Gred 6 kerana guru lebih fokus kepada subjek sains dan matematik sedangkan kelas ini adalah penting kerana ianya banyak hubungan dengan kehidupan seharian.

Kurangnya penglibatan dan motivasi pelajar dalam kelas sosial.

3. Sample dan Setting Kajian

Sample Kajian

- 3 orang pelajar bermasalah pembelajaran yang agak teruk dalam penulisan mereka.

Setting Kajian

- Dalam kelas pemulihan

Sample Kajian

- Seorang pelajar lelaki gred 9 yang berumur 15 tahun dan berbangsa Afrika-Amerika. Mempunyai masalah suka meninggalkan meja semasa p&p yang tinggi di kalangan rakan sebaya.

Setting Kajian

- Dalam bilik darjah

Sample Kajian

- Pelajar gred 6

- Dilakukan pada kelas sosial

Setting Kajian

- Dalam bilik darjah

4. Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)

Kajian tindakan ini dilakukan dengan gabungan teknik Self-Regulated Strategy Development (SRSD) dengan teknik Visualizing and Verbalizing (V&V) untuk mencungkil perincian yang bagus dalam penulisan para pelajar tersebut.

Prosedur yang dilakukan ialah :

Langkah 1 – meningkatkan pengetahuan asas

Langkah 2 – perbincangan

Langkah3 – Modelkannya

Langkah 4 – Mengingat

Langkah 5 – Lakukan dengan sokongan

Langkah 6 – Lakukan sendiri tanpa sokongan

Kajian dilakukan untuk mengurangkan tabiat ini dengan menggunakan kaedah intervention guru

Dilakukan selama 5 period di mana setiap period 45 minit dengan merekodkan setiap kejadian yang terjadi.

Pada 2 minggu pertama, hanya pemantauan dibuat.

Pada 2 minggu terakhir, treatment dilakukan di mana guru bercakap sebentar dengan sample sebelum kelas dimulakan dan pemerhatian dibuat.

Melakukan teknik pengajaran ’student centered’ dimana pelajar diminta untuk berfikir sendiri , berani untuk bertanyakan soalan dan melibatkan diri sepenuhnya di dalam kelas.

Di dalam kelas, pelajar juga diminta untuk menerangkan sesuatu topik dengan kepakaran atau kepandaian masing- masing seperti kepakaran visual, kepakaran kinestetik dan kepakaran logikal. Dengan ini bakat para pelajar dapat dicungkil.

5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data

1. Pemerhatian

2. Pretest dan Postest

1. Pemerhatian

2. Perubahan tingkah laku sebelum treatment dan selepas treatment.

1. Perbualan dengan pelajar

2. Pemerhatian

3. Penilaian Multiple Intelligence

6. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

Dalam bentuk jadual

Dalam bentuk graf

Dalam bentuk graf

7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan tahap penulisan dalam membuat cerita pelajar masalah pembelajaran

Kajian ini dilakukan untuk melihat perubahan tingkah laku sampel.

Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar gred 6 dalam kelas sosial yang tidak dititikberatkan oleh guru mereka.

8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian

Mereka melakukan ujian melalui pemerhatian dan juga pretest dan postest. Jadi perubahan yang jelas dapat dilihat.

Mereka melakukan ujian melalui pemerhatian dan rekod yang dilakukan sebelum dan selepas treatment dilakukan.


9. Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal





Tajuk : Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories

Pengkaji : Pooja Patel dan Leslie Laud

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah untuk mengukur keberkesanan strategi penulisan yang dinbentuk iaitu Self Regulated Strategy Development (SRSD) dan Visualizing and Verbalizing (V&V) structure words untuk meningkatkan rekaan di dalam cerita tiga orang pelajar yang mempunyai masalah penulisan yang tegar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Pernyataan masalah
  1. Pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran sentiasa bekerja keras terhadap isu - isu tertentu apabila membuat sesuatu cerita seperti merancang, menjana idea, semakan, pemantauan terhadap mereka sendiri seperti menulis, memotivasikan diri mereka dan mencatat perkataan di atas kertas.
  2. Ramai pelajar dengan masalah pembelajaran kekurangan pengetahuan tentang perbezaan komponen di dalam cerita, menjadikan cerita mereka lebih menarik dan lebih sukar untuk memahaminya.
Persoalan kajian
  1. Bagaimana akan terjadi jika menambah kedua - dua pemilihan perkataan dan perincian yang bagus semasa fasa W dalam POW digabungkan dengan teknik Visualizing aand Verbalizing dapat mempengaruhi penulisan cerita para pelajar?
  2. Adakah cerita mereka menjadi lebih panjang?
  3. Adakah gambar cerita menjadi lebih banyak?
  4. Adakah cerita mereka keseluruhan menggambarkan sifat seperti perkembangan yang baik?

Method

Penyertaan
  • tiga orang pelajar dengan masalah pembelajaran (penulisan) terlibat dalam kajian ini iatu Mali, Kerry dan Sabra.
  • 2 diperkenalkan dengan teknik V&V kerana sudah biasa dengan SRSD dan seoang diperkenalkan untuk kedua - dua teknik.
Prosedur
  1. Stage 1 : Develop background knowledge - sebelum memulakankan arahan strategi, pengakaji memperkenalkan cerita dongeng Arab kerana ini adalah salah satu topic di dalam kelas English mereka. Pelajar menulis dan berbincang tentang pemerhatian mereka.
  2. Stage 2 : Discuss it - sepanjang langkah ini, pengkaji menukar nmemonik "WWW, What=2. How=2" kepada "www.what2how2" kerana pelajar mendapati ianya hampir sama dengan alamat web dan lebih mudah untuk diingati. Kemudian pengkaji memperkenalkan perkataan struktur - 'what, size, color, number, shape, where, when, background, movement, mood and perspective'.
  3. Stage 3 : Model it - pelajar diberikan contoh daripada cerita dan diminta untuk highlight butir - butir perincian cerita dan mengkategorikan mereka berdasarkan perkataan struktur yang dipersembahkan.
  4. Stage 4 : Memorize it - Pelajar mengingati perbezaan langkah - langkah SRSD dan lima langkah strategi.
  5. Stage 5 : Support it - pelajar menulis cerita secara individu dengan sokongan.
  6. Stage 6 : Independent performance - pelajar menulis cerita tanpa sokongan
Penilaian

Melakukan pretest dan postest yang melibatkan kriteria berikut :
  1. Word count - mengira jumlah perkataan dalam setiap esei.
  2. Story grammar elements - elemen seperti main character, locale, time, starter event, goal action, ending and reaction.
  3. Number of images
  4. Holistic scores - 3 major kategori : idea cerita, penyusunan dan perhimpunan cerita
Dapatan kajian
  • Mali - jumlah perkataan meningkat daripada 192 kepada 478. Jumlah imej meningkat daripada 4 kepada 16, story grammar element meningkat daripada 9 kepada 17 dan skor holistik meningkat daripada 11 kepada 13.
  • Kerry - jumlah perkataan meningkat daripada 256.5 kepada 550. jumlah imej meningkat daripada 10 kepada 18, story grammar element meningkat daripada 8 kepada 15 dan skor holistik meningkat daripada 11 kepada 13.5.
  • Sabra - jumlah perkataan meningkat daripada 277.5 kepada 470.5. Jumlah imej meningkat daripada 1 kepada 13, story grammar element meningkat daripada 9 kepada 16 tetapi skor holistik kekal 9.5.
Kesimpulan
  • Penambahan pemilihan perincian dan perkataan yang bagus semasa fasa W dalam POW digabungkan dengan teknik V&V mempengaruhi penulisan cerita para pelajar.
Cadangan penambahbaikan
  1. Pelajar perlu sentiasa mempraktikkan sebanyak mungkin untuk lebih fokus pada isu mekanikal dan tidak perlu berhati - hati memikirkan strategi ini.
  2. Mengajar pelajar untuk lebih memberikan perhatian terhadap konvensyen ini selepas mempelajari stategi ini.
  3. Merancang meluangkan lebih masa pada penerangan gambar contoh dengan pemilihan perkataan yang bagus.
  4. Jangan mengharapkan pelajar - pelajar menggunakan setiap perkataan struktur untuk setiap gambar.
  5. Beberapa pelajar memerlukan sokongan tambahan seperti memberikan definisi sesuatu gambar.

TUGASAN 1 - ULASAN BUKU

Tajuk buku : Doing and Writing Action Research

Penulis : Jean McNiff dan Jack Whitehead


Apa itu Kajian Tindakan?

Lawrence Stenhouse (1983) menyatakan bahawa 'research is systematic enquiry made public'. Kajian tindakan menyokong satu dimensi baru kerana ianya berkaitan dengan proses kemajuan dan membuat tuntutan tentang sesuatu yang telah dimajukan. Pendapat Stenhouse mungkin boleh dilanjutkan sebagai "Kajian Tindakan adalah penyelidikan yang sistematik yang dilakukan untuk memajukan atau meningkatkan situasi sosial dan kemudian menyebarkannya/mengumumkan hasil kajian tersebut.


Melakukan Kajian tindakan melibatkan beberapa perkara iaitu :
  1. Mengambil tindakan : apa yang kamu lakukan dalam prosedur kamu untuk meningkatkan atau memajukan sesuatu.
  2. Melakukan kajian : bagaimana kamu menemui dan menganalisis berkenaan apa yang kamu lakukan dalam amalan kamu untuk melihat sama ada perkara tersebut sebenarnya telah meningkat.
  3. Memberitahu cerita tersebut dan berkongsi tentang penemuan tersebut : memaklumkan kepada yang lain apa yang kamu telah lakukan dan bagaimana kamu melakukannnya dan kenapa ianya penting.
Sebagai seorang pengkaji, kita akan berharap akan menemui satu cara yang baru untuk menambahbaik p&p kita tetapi pada masa yang sama kita telah menyumbangkan satu kemajuan yang baru dalam keadaan sosial dan peribadi kita.

Ini melibatkan aspek-aspek yang berikut :
  1. Pemerhatian yang sangat rapi - memerhati apa yang sedang berlaku
  2. Refleksi - memikirkan sama ada ianya baik/bagus dan kenapa dan bagaimana kita boleh tingkatkannya jika perlu
  3. Memantau dan pengumpulan data - memantau apa yang kita dan orang lain telah lakukan