Wednesday, October 28, 2009

MODEL - MODEL KAJIAN TINDAKAN


MODEL 1 : Kemmis's Action Research Spiral

Kemmis action research spiral : model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.




MODEL 2 : Elliot' s Action Research Model

Elliot's action research model : lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan 'reconnaissance' (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.






MODEL 3 : Ebbutt's Action Research Model

Ebbutt's action research model : proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklum balas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut.





MODEL 4 : Mc Kernan Action Research Model

Mc Kernan action research model : memperkenalkan model 'proses masa' yang menyarankan agar 'masalah' kajian tindakan ini tidak menjadi terlaluterikat dengan masa.










KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1998), kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing - masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Mc Niff (1988) pula menyatakan kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru - guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Proses - proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Keempat - empat proses ini akan bergerak dalam satu kitaran berterusan.

  • mereflek : muhassabah/mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri
  • merancang : merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi/difokus
  • melaksana/bertindak : melaksana tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus
  • memerhati : mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Guru - guru perlu melakukan kajian tindakan di dalam kelas masing - masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal in demikian kerana kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenalpasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah memikirkan cara - cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas. Hal ini telah terbukti melalui kajian tindakan yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya meningkatkan pencapaian pelajar masing - masing.

Kajian tindakan adalah untuk mengenalpasti atau mengesan punca - punca dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan kata lain, guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktik bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar - pelajarnya dengan berkesan.

Tuesday, October 27, 2009

10 SEBAB KENAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

1. Untuk menambahbaik kaedah P&P yang sedia ada
2. Mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan satu masalah atau isu yang timbul.
3. Untuk memberi kuasa (empowerment) untuk membuat keputusan dalam bilik darjah.
4. Supaya kajian yang telah dilakukan dapat menjadi rujukan kepada guru - guru yang lain.
5. Untuk mengeluarkan guri dari kongkongan amalan rutin.
6. Untuk menjadikan guru lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang timbul.
7. Supaya dapat membantu guru menghadapi cabaran.
8. Menyelesaikan masalah secara profesional tanpa merujuk kepada arahan luar.
9. Untuk menjadikan guru yang berkarisma melalui penambahbaikan yang dilakukan dalam kajian tindakan.
10. Untuk melahirkan guru sebagai pengkaji yang menjadi agen perubahan dalam dunia pendidikan.