Friday, November 6, 2009

PEMBENTANGAN KOLOKIUM DPLI JANUARI O9

Pembentangan :

Meningkatkan Minat dan Penglibatan Pelajar di dalam Kelas Sains Melalui Gerak Kerja dan Perbincangan Kumpulan (Group Work and Group Discussion)

Pembentang :

  1. Intan Nadiah binti Ahmad Mustapa
  2. Noor Azima binti Zohari
Tujuan kajian
  • Didapati pelajar kurang berminat dengan subjek Sains. Mereka berpendapat subjek Sains agak membosankan dan menyebabkan tiada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.
  • Untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan pelajar di dalam subjek Sains bagi kelas 1 Siddiq dan 2 Tabliqh melalui gerak kerja dan perbincangan kumpulan.
Objektif kajian
  • Untuk memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Sains.
  • Untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas.
Metodologi kajian
mereka telah mengguna model dari Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu
  1. Mengenal pasti masalah
  2. Merancang
  3. Bertindak
  4. Memerhati dan menganalisis
  5. Mereflek dan menilai

Dapatan kajian

Pemerhatian (guru dan guru pembimbing)
Kitaran Pertama (kerja kumpulan)
  • Didapati minat dan penglibatan pelajar tidak begitu memberangsangkan dimana pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap proses P&P yang berlangsung.
  • Pelajar juga tidak memberi tinadak balas positif kepada guru dan segelintir pelajar mengantuk, mengganggu rakan dan hanya melihat ahli kumpulan lain melakukan kerja tetapi ada sebahagian pelajar menunjukkan tindak balas positif apabila guru bertanyakan soalan.
Kitaran Kedua (permainan dam ular/bina model)
  • Memberi hasil yang memberangsangkan di mana pelajar lebih menunjukkan minat terhadap subjek Sains dan juga pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang disediakan.
  • Didapati juga pelajar lebih gembira dan memberikan maklum balas yang positif terhadap aktiviti yang dijalankan dimana mereka sering bertanya dan meminta panduan guru.
Temu bual
  • Pelajar semakin berminat dengan subjek Sains setelah melalui 2 kitaran aktiviti kumpulan dan kedua - duanya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar melalui aktiviti berkumpulan.
  • Pelajar juga lebih berminat terhadap aktiviti yang menyerupai permainan dan pertandingan kerana bagi mereka cara ini dapat mengelakkan rasa bosan dan mengantuk dan berharap teknik ini dapat terus diaplikasikan dalam P&P.
Borang Soal Selidik
  • Peningkatan dalam minat dan penglibatan pelajar dapat dilihat selepas kitaran kedua.
  • Pelajar lebih meminati aktiviti berkumpulan yang lebih praktikal dan menyeronokkan
  • Pelajar lebih menumpukan perhatian dan bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru dan seterusnya dapat lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan dapat membina keyakinan diri.
Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif di kalangan pelajar sekolah melalui teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan.

Cadangan penambahbaikan
  • Menggunakan instrumen tambahan berbentuk alat elektronik sperti kamera video dan pemain mp3.
  • penggunaan borang kaji selidik perlu dipantau.
  • Perancangan yang lebih rapi perlu dilakukan dalam pelbagai sudut atau aspek.
  • Saiz dam perlu diperbesarkan dan bentuk atau set soalan harus divariasikan seperti soalan berbentuk objektif, subjektif, silang kata dan sebagainya.
Apa yang saya telah dapat dari pembentangan ini ialah pelbagai teknik boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam P&P lebih - lebih lagi subjek yang memang dikenali subjek yang agak susah untuk difahami. Jadi dengan adanya kaedah dan kaedah - kaedah yang lain, para pelajar akan lebih mudah memahami subjek sains dan menjadikan proses P&P sesuatu yang menyeronokkan dan bermanfaat. Saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak proses yang dilakukan dalam kajian tindakan dan akan menjadi panduan kepada saya untuk melakukan kajian tindakan kelak.


Pembentangan :

Meningkatkan Penglibatan Pelajar Masalah Pendengaran Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tema Pencapaian Kendiri dan Menggunakan Kaedah Permainan Dart

Pembentang :
  1. Nor Sakinah binti W. Ishak
  2. Nurul Huda binti Mohd Rejab
  3. Azwani binti Mohamed Ariff

Tujuan Kajian
  • Kajian dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
  • Ianya juga bertujuan untuk mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang sebelum ini hanya tertumpu kepada teknik kuliah kepada teknik permainan.
Objektif kajian
  • Ianya adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar ketika proses P&P berlangsung.
  • Ianya juga untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak - ansur di kalangan ahli kumpulan.
Persoalan kajian
  • Adakah kaedah permainan Dart dapat menarik minat pelajar melibatkan diri pelajar ketika proses P&P berlangsung?
  • Adakah kaedah permainan Dary dapat menerapkan nilai - nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak ansur dikalangan ahli kumpulan?
Metodologi kajian
Telah dilakukan dengan 3 kaedah iaitu :
  1. Pemerhatian melalui video dan gambar di mana video telah digunakan untuk merakam data - data yang gagal dikesan oleh pengkaji sepanjang proses P&P manakala gambar digunakan untuk melihat reaksi pelajar secara langsung.
  2. Catatan pengkaji digunakan untuk mencatat penglibatan pelajar.
  3. Temubual pelajar iaitu temu bual tidak berstruktur dimana soalan tidak dilakar terlebih dahulu untuk menerokai maklumat secara mendalam.
Strategi kajian
Melibatkan 2 kitaran yang telah ditetapkan langkah - langkah di dalam kitarannya di mana kitaran 1 melibatkan 5 langkah iaitu :
  1. Mengenal pasti masalah
  2. Merancang
  3. Bertindak
  4. Memerhati
  5. Merefleksi
Manakala dalam kitaran 2, ia melibatkan 4 langkah iaitu :
  1. Merancang
  2. Bertindak
  3. Memerhati
  4. Merefleksi

Dapatan kajian

Video dan gambar
  • Pada kitaran pertama, didapati pelajar melibatkan diri dalam P&P dan memberi tindak balas tetapi pelajar kurang menunjukkan kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara satu sama lain.
  • Dalam kitaran 2 pula, peningkatan dapat dilihat dari segi kerjasama dan penglibatan pelajar di mana ahli kumpulan yang lain menjawab soalan yang diajukan oleh guru sekiranya wakil kumpulan tersebut tidak memberikan jawapan.
  • Ahli kumpulan yang lain membantu dan berbincang untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.
Temu bual dengan pelajar
  • Dalam kitaran pertama, pelajar berpendapat teknik yang telah digunakan amat menarik tetapi masalah timbul apabila pengkaji tidak menetapkan giliran menjawab bagi setiap kumpulan menyebabkan para pelajar berebut - rebut untuk membaling dart untuk menjawab soalan.
  • Pada kitaran 2 pula, aktiviti berkumpulan telah menarik minat pelajar untuk menyertai permainan dart.
  • Pelajar juga berasa tidak bosan dan mengantuk sewaktu guru mengajar malah dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan juga dapat mengingat kembali pengajaran guru melalui soalan yang telah diajukan.
Catatan pengkaji
  • Dalam kitaran pertama, majoriti pelajar telaha memberikan tumpuan yang baik ketika proses P&P berlangsung tetapi masiha segelintir pelajar yang tidak serius dan kurang memberikan tumpuan terhadap proses P&P yang dijalankan.
  • Dalam kitaran kedua, ketika proses pengukuhan, didapati pelajar dapat menjawab dengan betul soalan yang diajukan oleh guru.
  • Dari segi nilai murni pula, didapati pelajar sering bekerjasama di kalangan ahli kumpulan untuk menjawab soalan dan juga sering bertolak ansur dalam menjawab soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh guru.
Cadangan penambahbaikan
  • Pemainan berbentuk manipulatif sperti teka - teki, jadual bernombor, catur, kotak beracun, saidina, monopoli dan lain - lain.
  • Permaian berbentuk fizikal seperti pergerakan, koordinasi, kemahiran fizikal, kecekapan dan lain - lain.
Apa yang telah saya perolehi dari pembentangan ini ialah saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tujuan kajian tindakan dilakukan dan mengetahui pelbagai teknik yang menarik yang boleh membantu proses P&P bagi membantu pelajar memahami isi pengajaran dan mengurangkan kebosanan para pelajardan menjadikan proses P&P lebih menarik.




No comments:

Post a Comment