Saturday, November 14, 2009

Ulasan Jurnal (berkumpulan)

1. PEER OBSERVATION OF TEACHING IN THE ONLINE ENVIRONMENT: AN ACTION RESEARCH APPROACH

BY: D.SWINGLEHURST, J. RUSSELL & T.GREENHALGH

Kajian ini menerangkan tentang kajian tindakan secara kolaboratif untuk membuat pemantauan pengajaran guru (peer observation of teaching) secara atas talian (online). kajian ini dijalankan bagi memantau pengajaran guru yang lain dengan tujuan memberi maklum balas yang membina di dalam proses pengajaran. Selain itu kajian ini dapat memberi kesan atau faedah kepada kedua-dua pihak kerana masing-masing boleh memperbaiki amalan pengajaran mereka.


2. THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

BY: MARILYN JOSHUA

Kajian tindakan ini mengkaji tentang keberkesanan penggunaan gambar dan prompts ke atas pelajar daripada kelas Tadika hingga darjah 2. Kajian ini ingin melihat kualiti penulisan pelajar dan jumlah perkataan yang dapat dibina oleh pelajar berdasarkan kaedah yang diberikan.


3. THE EFFECTS OF CCOPERATIVES LEARNING ON JUNIOR HIGH SCHOOL STUDENTS DURING SMALL GROUP LEARNING

BY: ROBYN M. GILLIES

Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran koperative pada junior sekolah tinggi yang mana pembahagian kumpulan yang distruktur dan tidak distruktur. kumpulan adalah melibatkan 3-4 orang pelajar, lain jantina dan pencapaian manakala kumpulan sebaliknya adalah ahli kumpulan tidak ditetapkan. Keputusan menunjukkan kumpulan yang distruktur adalah lebih bekerjasama berbanding kumpulan satu lagi. persembahan mereka lebih mantap, manakala sikap tolong menolong dan bantu membantu antara ahli.


4. HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES

BY : POOJA PATEL AND LESLIE LOUD

Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengukur keberkesanan bentuk strategi penulisan untuk meningkatkan gambaran di dalam cerita yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar yang mempunyai masalah penulisan yang teruk (2 dikenalpasti sebagai masalah pembelajaran dan 1 masih menjalani penyaringan) di dalam kelas pemulihan. Strategi penulisan yang digunakan adalah dengan gabungan antara kaedah Self Regulated Strategy Development (SRSD) dengan kaedan Visualizing dan Verbalizing (V&V). Keputusan menunjukkan 2 daripada 3 pelajar mengalami peningkatan berdasarkan kepada pengukuran yang dilakukan seperti panjag, jumlah perkataan, jumlah gambar dan kualiti keseluruhan penulisan.

No comments:

Post a Comment